Tahukah kita bahawa sihir ini adalah gangguan yang
berlaku keatas sesaorang yang mengakibatkan penyakit atau
gangguan fikiran yang amat rumit. Sihir berlaku disebabkan
Jin atau Syaitan yang dihantar oleh seseorang yang berdendam
atau dengki atau cemburu dengan menggunakan khidmat seseorang
yang menggunakan secara ilmu hitam atau memuja Jin atau
syaitan dengan jalan yang terpesong dari ajaran Islam.
Untuk pengetahuan kita sihir mudah dilakukan dan
amat rumit untuk diselesaikan tetapi setiap penyakit itu ada
ubatnya. ALLAH sahaja yang mengetahui dan menentukan.
Kebanyakkan Sihir yang selalu berlaku adalah Sihir penyakit
yang Kronik tetapi tidak dapat dikesan oleh pihak Doktor
atau pakar.
Mengikut pengalaman daripada pakar yang merawat penyakit
misteri ini di dapati Jin sihir ini akan duduk di dalam badan
atau urat saraf orang yang terkena sihir ini untuk menyakitkan
anggota badan atau organ pesakit sehingga pesakit menderita
bertahun-tahun lamanya. Ada juga yang boleh menguasai pesakit
sehingga pesakit tersebut menjadi gila atau mengganas.
Sihir juga boleh berlaku kepada keluarga yang
terdekat seperti suami isteri, anak-anak atau ibu bapa, ini
boleh menyebabkan keadaan huruhara, berlaku pergaduhan,
permusuhan yang memelikkan. Sihir yang serius adalah sihir
yang berulang iaitu setelah dirawat ia berulang kembali
disebabkan dari pihak penghantar yang tidak berpuas hati
kerana sihirnya tidak berkesan lagi, lalu menghantar
kembali menggunakan khidmat pemuja yang lain sekiranya
pemuja yang lama tewas.
Biasanya dengan Izin ALLAH sihir ini akan pulih apabila pihak
penghantar dan pemuja dimusnahkan atau diberi balasan yang
setimpal atas kekufuran mereka oleh ALLAH S.W.T.
Assalamualaikum wbt.Selamat datang ke blog PRINASS.InsyaAllah dengan tenaga yang diberikan oleh Allah swt. Kami di PRINASS akan memberikan pertolongan dengan sebaik mungkin.Kami hanya berikhtiar dan selebihnya doa dan tawakal kepadaNya.Kami sedia memberi rawatan seperti gangguan makhluk halus ,refleksologi,bekam,akupuntur,terapi batin dsb.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan