Rabu, 28 September 2011

KISAH IBLIS ENGGAN SUJUD KEPADA ADAM A.S.

Peperangan di antara manusia dengan syaitan telah menjadi sejarah yang cukup lama, di mulai sejak penolakan iblis terhadap perintah Allah untuk bersujud kepada Nabi Adam a.s. Allah berfirman, ertinya;
"Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) diwaktu Aku menyuruhmu?. Menjawab iblis : "Saya lebih baik daripadanya, Engkau ciptakan aku dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah."

"Ketika Allah berfirman kepada para malaikat.Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka semua, kecuali iblis, dia enggan dan sombong, maka dia adalah termasuk golongan yang kafir."
(Al-Baqarah : 34)

Iblis-semoga laknat Allah atasnya-sangat faham bahawa Allah adalah Rabb Yang Maha Pencipta,Maha Pemilik, Maha Pemberi Rezeki dan Maha Pengatur, tiada sesuatupun yang terjadi kecuali atas izin dan ketetapanNya, akan tetapi dia tidak mentaati Allah. Keangkuhan iblis dengan asal usulnya menjadikan ia sombong dan berasa tinggi diri untuk sujud menghormati Nabi Adam a.s. sebagaimana malaikat yang lain, walaupun diperintah oleh Allah. Mendengar kata-kata iblis itu, Allah menjadi marah lalu berkata kepada iblis bahaw asyurga bukan tempat orang yang menyanggah suruhan Allah. Kerana kesombongan, kebongkakan dan pembankangan itu, Allah mengusir iblis dari syurga.Allah berfirman,ertinya:"Iblis berkata:Beri tangguhlah aku sampai waktu mereka dibangkitkan (hari kiamat).Allah berfirman:Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh.Iblis berkata: Oleh kerana Engkau menghukum aku tersesat,aku benar-benar akan (menghalang-halang)mereka dari jalan Engkau yang lurus kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakkan mereka bersyukur (taat)."

Keinginan iblis yang sangat kuat dan jahat untuk menyesatkan anak Adam menyingkap tabiat jahat iblis.Dia adalah makhluk yang benar-benar jahat bukan sifat yang hanya bersifat sementara, dia makhluk yang murni jahat,pembangkang,keparat dan terkutuk.Allah mengutuk dan malaknat iblis sehungga ke hari kiamat.Di samping itu,iblis juga akan dimasukkan sebagai penghuni neraka dan kekal di dalamnya.




PENGAJARAN

Sifat sombong dan bongkak selalu membawa akibat kerugian dan kebinasaan.Lihatlah iblis yang turun dari singgahsananya dilucutkan kedudukannya dan diusir oleh Allah dari syurga dengan disertai kutukan dan laknatyang akan melekat kepada dirinya hingga ke hari Kiamat kerana kesombongannya dan kebanggaannya dengan asal-usulnya sehingga ia menganggap dan memandang rendah kepada Nabi Adam a.s. dan menolak untuk sujud menghormatinya walaupun diperintahkan oleh Allah s.w.t.

MANUSIA BERHADAPAN DENGAN ENAM PERSIMPANGAN


Abu Bakar r.a. berkata, "Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu.Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa, mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajak memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurgaa serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmanNya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..." Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah s.w.t., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan." Iblis adlah musuh manusia, sementara manusi adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

Ahad, 25 September 2011

Bertemu Dengan Jin

Hakikat makhluk jin, tabiat jin dan syaitan, sihir dan pengubatan, kerasukan,benteng diri dan cara melindungi sekeluarga dari gangguan jin dan syaitan.

Keberadaan Jin Menurut Al-Quran

"Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al-Quran,maka tatkala mereka menghadiri pembacaan-nya lalu mereka berkata:"Diamlah kamu (untuk mendengarkannya): Ketika pembacaan telah selesaimereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan. Mereka berkata: "Hai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengarkan kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan sesudah Musa yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus.Hai kaum kami,terimalah (seruan) orang yang menyeru kepada Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan melepaskan kamu dari azab yang pedih.Dan orang yang tidak menerima (seruan) orang yang menyeru kepada Allah maka dia tidak akan melepaskan diri dari azab Allah di muka bumi dan tidak ada baginya pelindung selain Allah.Mereka itu dalam kesesatan yang nyata."
(Al-Ahqaf:29-32)

Kemudian Allah memerintahkan Nabi-Nya untuk memberitahukan peristiwa tersebut kepada umat manusia melalui firman-Nya yang bermaksud:

"Katakanlah (hai muhammad):"Telah diwahyukan kepadaku bahawasanya : Sekumpulan jin telah mendengarkan (Al-Quran), lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mendengarkan Al-Quran yang menakjubkan."
(Al-Jin:1)

Syaitan memilih kekafiran, kemusyrikan dan kedurhakaan terhadap Tuhan sebagai jalan hidupnya.Bahkan seperti iblis dan bala tenteranya misalnya,mereka lebih suka berfoya-foya dalam kejahatan dan bergelimang dalam pemenuhan tuntutan nafsu jahat mereka.Padahal nyata-nyata perbuatan itu akan menyeret mereka ke dalam seksa yang amat pedih, termasuk keharusan mereka menanggung siksa orang-orang yang mereka sesatkan.Sebagaaimana pengakuan iblis di dalam Al-Quran bermaksud: "Iblis menjawab;"Demi kekusaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya,kecuali hamba-hamba-Mu yang muflis di antara mereka."
(Syadd:82-83)

HADIS-HADIS YANG MENUNJUK KEBERADAAN JIN

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Maka janganlah kamu beristinjak dengan tulang dan tahi binatang.Sebab hal itu merupakan bekal (makanan) saudaramu dari kalangan jin." (HR:Tarmizi)

Disebutkan juga dalam sahih Muslim dari Salman:Suatu ketika Salman ditanya oleh seorang sahabat yang bermaksud:
"Bukankah kalian telah diajarkan oleh Rasulullah tentang segala sesuatu hingga masalah tahi binatang?" Salman menjawab:"Ya, kita dilarang membuang air besar dan kecil sambil mengadap kiblat, dilarang beristinjak dengan tangan kanan, dilarang bersuci dengan kurang dari tiga batu, dan dilarang bersuci dengan tulang dan tahi binatang."
(HR:Muslim)

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. bahawanya dia membawa sekendi air bersama Rasulullah untuk wuduk dan hajatnya.Tiba-tiba Rasulullah bertanya:
"Siapa ini?.Aku menjawab:" Abu Hurairah."Rasulullah bersabda:"Carilah beberapa batu untuk saya pergunakan bersuci.Janganlah kau bawakan kepadaku tulang dan tahi binatang."Maka aku pun membawakan untuknya beberapa buah batu yang kubawa dengan hujung pakaianku dan kuletakkan di samping baginda, kemudian aku pergi.Setelah baginda selesai bersuci maka aku menghampirinya dan berkata:"Ada apa dengan tulang dan tahi binatang?"Baginda bersabda:"Keduanya makanan jin.Sesungguhnya telah datang kepadaku utusan jin Nashibin (jin yang paling baik) dan meminta bekal kepadaku.Maka aku meminta kepada Allah untuk mereka agar mereka tidak melewati tulang dan tahi binatang melainkan mereka menemukan makanan di atasnya."
(HR:Bukhari)

HAKIKAT MAKHLUK JIN

Jumlah mereka jika dibandingkan dengan jumlah manusia, adalah jumlah kita satu 1:10 daripada jumlah jin, malah mungkin kurang, berdasarkan pengetahuan yang tersingkap (kasyaf) kepada para ulama dan aulinya.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah menjadikan para malaikat, jin dan manusia itu sepuluh bahagian (Qadar); Qadar jumlah malaikat adalah 9 bahagian (9/10), sedang jin dan manusia itu hanya satu bahagian saja (1/10) kemudian daripada satu bahagian yang terakhir dipecah pula kepada sepuluh bahagian kecil,9 bahagian kecil daripadanya adalah jumlah jin dan hanya satu bahagian kecil sahaja ialah manusia.

RUMUSAN

Jumlah rumusan perbandingan makhluk-makhluk adalah seperti berikut:
Malaikat : 90
Jin : 9
Manusia : 1
Jumlah : 100

Ya Allah Yang Maha Besar menciptakan makhluk-makhluk ini dalam dua/tiga lingkup keadaan.
a. Makhluk tempat yang dapat kita pandang iaitu anak-anak Adam dijadikan Allah dari bahan tertentu (tanah) yang ditiupkan roh,iaitu Manusia.
b. Makhluk halus yang tak dapat kita lihat, makhluk ini terdiri daripada 2 bahagian.
i. Sebahagian dijadikan dari cahaya (nur) iaitu malaikat.
ii. Sebahagian lagi dijadikan dari api yang ditiupkan roh merupakan suatu kejadian yang
lengkap iaitu jin.

Bahan Kejadian Jin

Persoalan ini,tanpa disangsikan lagi memang tersembunyi bagi kebanyakan manusia.Apabila seseorang mengaku dia mempunyai pengetahuan tersebut tanpa sumber-sumber yang dipercayai,istimewa tantang sebahagian perkara yang ghaib seperti anbiyaa;,Rasul-rasul dan kitab-kitab dari langit,maka dustalah pengakuaannya itu.

Untuk maksud itu kami akan memaparkan kenyataan yang benar-benar terdapat dalam Kitab Suci Al-Quran dan Hadis-hadis yang benar (sahih) sebagaimana firman Allah dalam surah Al-araaf yang menceritakan jawapan iblis yang berbunyi.
"Sayalah yang lebih (mulia) daripada Adam sebab saya,Engkau jadikan dari api sedang adam,Engkau jadikan dari tanah."

Iblis menganggap bahawa api lebih utama daripada tanah kerana api itu bersinar,bermutu,lembut,ringan,berkadar panas kering dan merupakan bahan-bahan langit yang tinggi mutunya,sedangkan tanah adalah bahan yang berwarna kelam,rendah,kasar,keadaannya berat,sejuk kering dan jauh dari jenis bahan-bahan langit.Api bertenaga reaktif dan dapat bertindak aktif sedang tanah tidaklah demikian,hanya menerima pengaruh dari luar dan tidak dapat bertindak (pasif) ditambah pula api adalah seimbang dengan kepanasan tabi'i iaitu yang merupakan bahan hidup,memiliki sifat-sifat bumi,sejuk dan kering sesuai dengan suasana kemusnahan dan kematian.

Adapun Jaan ialah bapa segala jin yang kejadiannya pada mulanya ialah daripada api sebagaimana juga Adam ialah bapa segala manusia yang kejadiannya pada mulanya daripada tanah.Jadi,bapa segala jin itu dijadikan dari api,begitu pula keturunannya berdasar firman Allah bermaksud:
"Dan Allah menciptakan Jaann daripada nyala (lidah) api."

Maarij (nyala api) itu ialah lidah api yang murni.
Sesudah jin itu dijadikan daripada lidah api yang murni,ia dibentuk pula menjadi tubuh samar yang tidak dapat dilihat oleh pandangan mata manusia,samalah dengan peringkat-peringkat penciptaan Adam yang bermula daripada tanah Turaab kemudian kepada tanah yang bercampur air Tinn dan kepada tanah hitam yang busuk Hama',kemudian dijadikan sekerat daging serta tulang,sedang bahan api yang berpengaruh itu memenuhi alam ini dan lebih ringan daripada udara dengan suatu darjat yang sangat besar (kuat),kerana itu tidaklah ia terhambat oleh hambatan2 dan tidaklah terhalang oleh halangan2.

Ya,jin terbentuk daripada bahan (zat) halus (Al-athiir) dan memiliki berbagai rupa menurut bahannya sedang rupanya itu tiadalah menjadi halangan baginya untuk menjelma menjadi rupa-rupa yang lain,kemudian bahan-bahannya itu kemungkinan dia menembusi sesuatu.

Perlu dikatahui bahawa manusia sesudah matinya,tubuhnya akan hancur,kembali kepada asal kejadiaannya,maka kembalilah tiap-tiap unsur itu kepada asalnya ialah daripada tanah,udara (angin),api dan air,begitu pula keadaan jin sesudah matinya akan kembali kepada unsur kejadiannya iaitu kepada api kerana daripada apilah dia dijadikan.Adapun sewaktu dia hidup maka tidaklah ia memberi pengaruh kepada api tubuhnya,sebagaimana manusia juga tidak mempengaruhi tanah tubuhnya dan Maha Suci Allah Pencipta Yang Maha Besar.Kebesaran dan Keagungan-Nya serta Ketinggian Kemuliaan-Nya tak dapat dijangkau oleh akal manusia yang serba terbatas.

2. Dalam surah Al-Hijir:
Ertinya:
"Dan sesungguhnya Kami ciptakan manusia (Adam) daripada tanah liat kering (yang berasal) daripada lumpur hitam yang busuk.Dan Kami telah ciptakan (Jaan) sebelumnya (Adam) daripada api yang sangat panas."(Al-Hijir:26-27)

Salsaal ialah tanah kering tanpa dibakar , apabila dimasak maka ia menjadi tembikar , dan ketika Allah membentuk tanah itu berupa manusia,maka dia dalam kering.


PAMERAN RAWATAN ISLAM , BEKAM DAN REFLEKSOLOGI DI UITM DUNGUN , TERENGGANU

PAMERAN RAWATAN ISLAM , BEKAM DAN REFLEKSOLOGI DI UITM DUNGUN , TERENGGANU
BEKAM

Bekam Asas

Sesi Muzakarah

Sesi Muzakarah
Bersama Ketua Perawat Cawangan

Sesi Temuduga

Sesi Temuduga
Sesi Soal Pesakit

Peralatan

Peralatan

Masa Rehat

Masa Rehat