Selasa, 28 Ogos 2012

KEJAHATAN JIN & SYAITAN MELALUI PENGAMALAN SIHIR




Definisi Sihir

Sihir ialah kesepakatan di antara ahli sihir dan syaitan di mana si ahli sihir akan melakukan sebahagian perbuatan yang diharamkan atau beberapa bentuk kemusyrikan sebagai balasan di atas bantuan dan ketaatan syaitan terhadapnya dan bersangkutan dengan hal-hal yang diinginkannya.


Bagaimana Ahli Sihir Mendekatkan Diri Kepada Syaitan


Sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada syaitan, para ahli sihir ini ada yang menjadikan Mushaf (Al Quran) sebagai alas kaki untuk masuk ke tandas.Tidak kurang juga yang menulis sebahagian ayat Al Quran dengan menggunakan kotoran dan najis atau menulisnya dengan darah haid.Ada pula yang menulis sebahagian ayat Al Quran di tapak kakinya atau menulis Al Fatihah secara songsang (terbalik).Di antara mereka ada yang menunaikan solat tanpa berwuduk atau tetap dalam keadaan junub.Ada pula yang menyembelih binatang untuk dipersembahkan kepada syaitan dan menyembelihnya dengan tidak menyebut nama Allah kemudian melemparkan sembelihan tersebut ke suatu tempat yang telah ditentukan oleh syaitan.Terdapat juga para pengamal sihir yang menggauli ibu atau anak perempuannya.Ada pula yang menulis jampi-jampi dengan lafaz-lafaz yang mengandungi kekafiran.


Dari sini jelaslah bahawa jin tidak akan membanbtu si ahli sihir dan menjadi pelayan atau khadamnya kecuali dengan suatu imbuhan atau balasan.Semakin besar kekafiran seseorang ahli sihir itu maka semakin besarlah ketaatan syaitan terhadapnya dan semakin cepat pula ia melaksanakan perintah tuannya.


Jika si ahli sihir tidak mahu melaksanakan kekafiran-kekafiran yang diperintahkan oleh syaitan tersebut maka si syaitan juga tidak akan bersedia menjadi khadamnya.Sesungguhnya si ahli sihir dan syaitan adalah dua sejoli yang bertemu dalam rangka bermaksiat kepada Allah.Jika diperhatikan pada wajah ahli sihir maka kan kelihatan kegelapan kekafiran tertampal di wajahnya seperti mendung hitam.


Seseorang yang menjadi ahli sihir menjalani kehidupan yang penuh dengan kesengsaraan jiwa.Dia tidak dapat tidur dengan tenang, bahkan tiada merasa cemas setiap kali tidur di samping memikirkan bahawa syaitan-syaitan itu sering menyakiti anak-anak dan isterinya dan menimbulkan pertengkaran di kalangan mereka.Maha Benar Allah yang berfirman;



"Dan barangsiapa berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghiduppan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kianmat dalam keadaan buta."

(Taha : 24 ) 

Dalil-Dalil Terdapatnya Sihir

DALIL AL QURAN

Firman Allah yang bermaksud:
"Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir Yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan Dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir Yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah Yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah Yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa Yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya Dengan berkata: "Sesungguhnya Kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah Engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir Yang boleh menceraikan antara seorang suami Dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) Dengan sihir itu seseorang pun melainkan Dengan izin Allah. dan sebenarnya mereka mempelajari perkara Yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. dan Demi Sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui Bahawa sesiapa Yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian Yang baik di akhirat. Demi Sesungguhnya amat buruknya apa Yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui."
(Al Baqarah : 102)

Allah s.w.t. berfirman:
"Musa berkata: "Apakah kamu mengatakan terhadap kebenaran waktu ia datang kepadamu, "sihirkah ini?" , padahal ahli-ahli sihir itu tidaklah mendapat kemenangan."
(Yunus : 77)

Firman Allah s.w.t.:
"Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:" apa Yang kamu datangkan itu, itulah sihir; Sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat Yang dikurniakanNya kepadaku); Sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang Yang melakukan kerosakan.

Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara Yang benar Dengan Kalimah-kalimah perintahNya, Walaupun Yang demikian dibenci oleh orang-orang Yang melakukan dosa".

(Yunus : 81-82)



"Maka Yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit Dalam hatinya.
Kami berfirman kepadanya: "Janganlah Engkau takut (Wahai Musa)! Sesungguhnya Engkaulah Yang tertinggi mengatasi mereka Dengan kemenangan.Dan campakkanlah apa Yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan Segala (benda-benda sihir) Yang mereka lakukan, kerana Sesungguhnya apa Yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada".
(Taha : 67-69)



“Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Campakkanlah tongkatmu!" maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa Yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) Yang mereka telah lakukan. Oleh itu, kalahlah Firaun dan ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka Dengan keadaan Yang hina. Dan (Kemenangan Nabi Musa menjadikan) Ahli-ahli sihir itu Dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud, Sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam. "(Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun".


 (Al A'Araf : 117-122)

Firman Allah swt:
1. Katakanlah (Wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan Yang menciptakan sekalian makhluk,
2. "Dari bencana makhluk-makhluk Yang ia ciptakan;
3. "Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;
4. "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk Yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
5. "Dan dari kejahatan orang Yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".
 (Al Falaq : 1-5)

JENIS-JENIS SIHIR





Ada terdapat bermacam jenis sihir dan menurut Ar Razi;Abu Abdullah Ar Razi berkata:Sihir itu terdiri daripada lapan jenis kesemuanya.Sihir-sihir tersebut adalah seperti berikut;-

  1. Sihir yang diamalkan oleh orang-orang Khildan dan Kisydan.Golongan manusia ini menyembah tujuh bintang dan mereka percaya bahawa bintang-bintang tersebut adalah pengatur alam dan boleh mendatangkan kebaikan atau keburukan.Lalu Allah mengutuskan Nabi Ibrahim a.s.
  2. Sihir orang-orang yang berilusi.Dalil yang mengatakan bahawa ilusi mempunyai pengaruh ialah manusia boleh berjalan di atas pelepah yang diletakkan di permukaan bumi,sedangkan dia tidak boleh berjalan di atasnya apabila pelepah itu diletakkan memanjang di atas sungai atau yang sejenisnya.Sebagaimana para doktor sepakat melarang orang-orang yang mempunyai penyakit mudah keluar darah dari hidungnya supaya memandang benda-benda yang berwarna merah, dan orang yang mudah pening supaya tidak memandang benda-benda yang berkilau atau berputar.Ini tidak lainadalah kerana jiwa diciptakan mengikuti ilusi-ilusi.
  3. Meminta bantuan daripada roh-roh rendah iaitu jin.Diketahui bahawa jin-jin ini ada yang islam dan ada yang kafir iaitu syaitan.Para pemuja jin dan orang-orang yang berpengalaman dalam hal yang berkaitan dengan jin mendapati bahawa komunikasi dengan roh-roh rendah ini boleh terjadi dengan amalan-amalan yang mudah, sedikit jampi dan kepulan asap.Jenis inilah yang disebut dengan jampi dan usaha penundukan.
  4. Khayal,hipnosis dan silap mata.Prinsipnya ialah mata kadang-kadang boleh jadi salah lihat dan berkonsentrasi kepada sesuatu tertentu tanpa boleh melihat selainnya.Jika diperhatikan para silap mata yang mahir berupaya memperlihatkan sesuatu yang menghairankan para penontonnya dan mengambil mata mereka kepada satu objek sehingga apabila mereka telah berkonsentrasi memandngnya maka si ahli silap mata itu pun melakukan hal lainnya dengan sangat cepat dan saat itulah nampak bagi mereka sesuatu yang lain tidak sebagaimana yang mereka saksikan.Kemudian mereka mengkaguminya.Seandainya dia diam dan tidak berbicara untuk mengalihkan fikiran kepada kabalikan dari apa yang ingin dikerjakannya kemudian jiwa dan ilusi tidak bergerak kepada selain apa yang ingin dikeluarkannya nescaya para penontonnya akan melihatsetiap hal yang dilakukanya.
  5. Perbuatan-perbuatan aneh yang nampak dari penyusunan alat-alat tertentu berdasarkan ukuran-ukuran tertentu seperti seorang penunggang di atas keda dengan membawa trompet; pada jam tertentu trompet itu berbunyi tanpa ada yang menyentuhnya.Ini pada hakikatnya tidak dapat dikategorikan sihir kerana ia memiliki sebab-sebab yang dikatahui.Siapa yang melihatnya pasti mampu melakukannya.Hal-hal seumpama ini pada zaman sekarang sudah menjadi perkara biasa terutama setelah kemajuan ilmu pengetahuan yang menjadi sebab bagi ditemukannya berbagai keajaiban.
  6. Menggunakan bantuan ubat-ubata khusus iaitu dalam berbagai makanan dan minyak.Ketahuilah bahawa tidak ada jalan untuk mengingkari kekhususan tersebut kerana pengaruh magnet yang sangat jelas.
  7. Menggantungkan ke hati seseorang.Iaitu si ahli sihir mengaku bahawa dia mengetahui nama yang Maha Agung dan bahawa jin mentaatinya dan tunduk kepadanya dalam banyak urusan.Apabila pendengar tersebut kebetulan seorang yang lemah akal dan tidak dapat membezakannya maka dia akan meyakini bahawa si ahli sihir itu benar dan hatinya pun terpaut kepadanya sehingga lahirlah rasa takut di dalam dirinya.Apabila perasaan takut tersebut lahir maka akan lemah pula segala kekuatan pancainderanya.Saat itulah ahli sihir melakukan sesuka hati terhadapnya.
  8. Menggunjing dan mendekat dengan cara yang ringan dan lembut.Ini telah menjadi demikian lumrah di kalangan masyarakat.
Ibnu Katsir berkata:Ar Razi telah memasukkan banyak jenis dari  jenis-jenis tersebut di atas ke dalam ilmu sihir hanya kerana hal-hal tersebut tidak diketahui sebab-sebabnya kerana sihir menurut bahasa ialah sesuatu yang tersembunyi dan samar sebabnya."


Menurut pendapat Ar Raghib: "Sihir memiliki banyak makna".

Cara Ahli Sihir Memanggil Jin

Hal ini perlu diperhatikan kerana sebahagian kaum Muslimin tidak dapat membezakan antara 'Ilaj Qurani (pengubatan Quran) dan pengubatan sihir.

Berikut adalah cara-cara yang diamalkan oleh si ahli sihir dalam menyeru atau memanggil jin supaya datang menemuinya.

Cara Pertama: Thariqotul Iqsam
(Bersumpah atas nama Jin dan Syaitan)

Cara Kedua: Thariqatuz Zabhi
(Memotong Sembelihan)

Cara Ketiga: Thariqah Sufliyah
(Melakukan Kenistaan)

Cara Keempat: Thariqatun Najasah
(Menulis Ayat-ayat Al Quran dengan Najis)

Cara Kelima: Thariqatut Tankis
(Menulis Ayat-ayat Al Qura secara Songsang)

Cara Keenam: Thariqatun Tanjim
(Menyembah Bintang)

Cara Ketujuh: Thariqatul Kaffi
(Melihat Melalui Tapak Tangan)

Cara Kelapan: Thariqatul Atsar
(Menggunakan Benda Bekas Pakai)

Nanti ambe akan terangkan kemudian maksud-maksud di atas.InsyaAllah.

Assalamualaikum wbt..InsyaAllah ambe akan terangkn serba sedikit perkara di atas.

Cara Pertama : Thariqotul Iqsam
Ahli sihir terlebih dahulu akan masuk ke dalam bilik gelap kemudian menyalakan api dan meletakkan sejenis haruman atau kemenyan di atas api tersebut sesuai dengan tujuan yang diinginkan.Jika si ahli sihir tersebut berhajat untuk menceraikan, menimbulkan permusuhan dan kebencian atau yang sejenisnya maka dia harus meletakkan kemenyan yang baunya kurang menyenangkan.

 Jika si ahli sihir ingin menimbulkan rasa cinta atau melepaskan ikatan (seorang suami yang terikat oleh sihir sehingga tidak dapat menggauli isterinya), atau membuang sihir (membebaskan seseorang dari kuasa sihir) maka dia haarus meletakkan kemenyan yang harum semerbak baunya.Kemudian si ahli sihir mula membaca 'jampi serapah' iaitu berupa jampi-jampi tertentu yang mengandungi sumpah kepada jin atas nama pemimpin mereka dan meminta bantuan dari mereka dengan menyebut nama pemimpin mereka. Selain dari itu turut juga dimasukkan bentuk-bentuk kemusyrikan lainnya seperti mengagungkan tokoh-tokoh jin, istighatsah (memohon pertolongan) kepada mereka dan sebagainya.

Kesemua perbuatan tersebut dilakukan oleh si ahli sihir , semoga Allah melaknatinya dengan syarat ia berada dalam keadaan yang tidak suci seperti dalam keadaan berhadas besar iaitu masih dalam junub ataupun memakai pakaian yang bernajis dan sebagainya.

Setelah selesai membaca 'jampi kekafiran' itu, maka tidak lama selepas itu akan muncul suatu bayangan yang berbentuk anjing, ular atau bentuk-bentuk lainnya.Kemudian si ahli sihir pun akan memerintahkannya untuk melakukan apa yang diinginkannya.

Kadang-kadang tidak kelihatan apa-apa tetapi kedengaran suarannya, kadang-kadang tidak pula terdengar apa-apa tetapi mengikatnya pada salah satu 'bekas' orang yang ingin disihir seperti rambut atau potongan kain yang membawa bau peluhnya dan sebagainya, kemudian si ahli sihir itu memerintahkan jin untuk menunaikan keinginannya.

Berdasarkan dari cara ini ternyata ;
  1. Jin suka kepada bilik-bilik gelap,
  2. Jin memeperolehi makanan daripada bau asap yang tidak disebutkan nama Allah padanya,
  3. Di antara kemusyrikan yang nyata dalam cara ini ialah bersumpah atas nama jin dan istighatsah (memohon pertolongan) kepada jin, dan
  4. Jin suka kepada benda-benda najis dan syaitan menghampiri orang-orang bernajis. 
 Cara Kedua: Thariqatuz Zabhi
Ahli sihir akan mempersembahkan seekor burung, ayam, burung dara atau yang lainnya dengan sifat-sifat tertentu sesuai dengan permintaan jin dan kebiasaanya binatang tersebut berwarna hitam kerana jin mengutamakan warna hitam.Kemudian si ahli sihir akan menyembelihnya tanpa menyebut nama Allah (kadang-kadang si pesakit akan dilumurkan dengan darahnya dan kadang-kadang tidak) kemudian melemparkan bangkai binatang tersebut ke tempat-tempat kosong yang biasa menjadi tempat tinggal jin.
 
Bersambung......
 
 


               

  

PAMERAN RAWATAN ISLAM , BEKAM DAN REFLEKSOLOGI DI UITM DUNGUN , TERENGGANU

PAMERAN RAWATAN ISLAM , BEKAM DAN REFLEKSOLOGI DI UITM DUNGUN , TERENGGANU
BEKAM

Bekam Asas

Sesi Muzakarah

Sesi Muzakarah
Bersama Ketua Perawat Cawangan

Sesi Temuduga

Sesi Temuduga
Sesi Soal Pesakit

Peralatan

Peralatan

Masa Rehat

Masa Rehat