Rabu, 28 September 2011

KISAH IBLIS ENGGAN SUJUD KEPADA ADAM A.S.

Peperangan di antara manusia dengan syaitan telah menjadi sejarah yang cukup lama, di mulai sejak penolakan iblis terhadap perintah Allah untuk bersujud kepada Nabi Adam a.s. Allah berfirman, ertinya;
"Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) diwaktu Aku menyuruhmu?. Menjawab iblis : "Saya lebih baik daripadanya, Engkau ciptakan aku dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah."

"Ketika Allah berfirman kepada para malaikat.Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka semua, kecuali iblis, dia enggan dan sombong, maka dia adalah termasuk golongan yang kafir."
(Al-Baqarah : 34)

Iblis-semoga laknat Allah atasnya-sangat faham bahawa Allah adalah Rabb Yang Maha Pencipta,Maha Pemilik, Maha Pemberi Rezeki dan Maha Pengatur, tiada sesuatupun yang terjadi kecuali atas izin dan ketetapanNya, akan tetapi dia tidak mentaati Allah. Keangkuhan iblis dengan asal usulnya menjadikan ia sombong dan berasa tinggi diri untuk sujud menghormati Nabi Adam a.s. sebagaimana malaikat yang lain, walaupun diperintah oleh Allah. Mendengar kata-kata iblis itu, Allah menjadi marah lalu berkata kepada iblis bahaw asyurga bukan tempat orang yang menyanggah suruhan Allah. Kerana kesombongan, kebongkakan dan pembankangan itu, Allah mengusir iblis dari syurga.Allah berfirman,ertinya:"Iblis berkata:Beri tangguhlah aku sampai waktu mereka dibangkitkan (hari kiamat).Allah berfirman:Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh.Iblis berkata: Oleh kerana Engkau menghukum aku tersesat,aku benar-benar akan (menghalang-halang)mereka dari jalan Engkau yang lurus kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakkan mereka bersyukur (taat)."

Keinginan iblis yang sangat kuat dan jahat untuk menyesatkan anak Adam menyingkap tabiat jahat iblis.Dia adalah makhluk yang benar-benar jahat bukan sifat yang hanya bersifat sementara, dia makhluk yang murni jahat,pembangkang,keparat dan terkutuk.Allah mengutuk dan malaknat iblis sehungga ke hari kiamat.Di samping itu,iblis juga akan dimasukkan sebagai penghuni neraka dan kekal di dalamnya.




PENGAJARAN

Sifat sombong dan bongkak selalu membawa akibat kerugian dan kebinasaan.Lihatlah iblis yang turun dari singgahsananya dilucutkan kedudukannya dan diusir oleh Allah dari syurga dengan disertai kutukan dan laknatyang akan melekat kepada dirinya hingga ke hari Kiamat kerana kesombongannya dan kebanggaannya dengan asal-usulnya sehingga ia menganggap dan memandang rendah kepada Nabi Adam a.s. dan menolak untuk sujud menghormatinya walaupun diperintahkan oleh Allah s.w.t.

Tiada ulasan:

PAMERAN RAWATAN ISLAM , BEKAM DAN REFLEKSOLOGI DI UITM DUNGUN , TERENGGANU

PAMERAN RAWATAN ISLAM , BEKAM DAN REFLEKSOLOGI DI UITM DUNGUN , TERENGGANU
BEKAM


Bekam Asas















Sesi Muzakarah

Sesi Muzakarah
Bersama Ketua Perawat Cawangan


Sesi Temuduga

Sesi Temuduga
Sesi Soal Pesakit






Peralatan

Peralatan

Masa Rehat

Masa Rehat