Ahad, 19 Jun 2011

Mengenali Alam Jin

Untuk pengetahuan kita, masih ramai lagi yang
tidak tahu asal usul Jin. Sedar atau tidak kadangkala
kehidupan kita dikelilingi oleh makhluk yang bernama JIN.
Disini saya akan huraikan serba sedikiit mengenai asal usul
JIN serta alam kehidupan Jin:


1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil.
Dicipta dari api(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun
lamanya.

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tuduk
menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt.
melaknat dan perintah mereka turun ke bumi. Untuk pengetahuan
kita Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam
(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun
kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu
dilarang mengunakan kemeyan kerana Jin paling suka dengan
asap yang busuk. Makanannya juga tulang. Itu sebab kita
tidak boleh membuang kuku sebarangan, kerana jin akan
memakannya.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan,
lombong, laut, tempat-tempat tinggi (sebab tu ramai orang
terjun bangunan tinggi sebab bunuh diri akibat rasukan jin
jugak), tandas dan kubur.

6) Dinasihatkan apabila ingin buang air diperjalanan
(contohnya jalanraya),perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman."
Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman.
Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk,
Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat
datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin:-)

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada
dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong.."
Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina
istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak
perasan dan tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk dikerusinya
dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja dihadapan-nya.
Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut
reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah
tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

Tiada ulasan:

PAMERAN RAWATAN ISLAM , BEKAM DAN REFLEKSOLOGI DI UITM DUNGUN , TERENGGANU

PAMERAN RAWATAN ISLAM , BEKAM DAN REFLEKSOLOGI DI UITM DUNGUN , TERENGGANU
BEKAM


Bekam Asas















Sesi Muzakarah

Sesi Muzakarah
Bersama Ketua Perawat Cawangan


Sesi Temuduga

Sesi Temuduga
Sesi Soal Pesakit






Peralatan

Peralatan

Masa Rehat

Masa Rehat