Sabtu, 18 Jun 2011

Sambungan Siri Ke 2 Mengenali Alam Jin

Berikut adalah sambungan
untuk siri ke 2:

8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong
yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin
suka mandi di situ waktu itu. Dilarang juga buang air di
lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang
baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ.
Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah,
sehingga habis. Untuk pengetahuan, Jin akan
lari selama 3 hari.

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7~10
kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti
(tekniknya).

11) Bentuk Jin. Jin adalah makhluk yang paling hodoh/buruk,
berbeza dengan manusia, cantik/lawa. Jin juga boleh membentuk
dengan sebarang bentuk dengan jelmaan. Apabila di hutan
berhati-hati jika berburu, jin boleh menyerupai sebarang
bentuk malah manusia.

12) Apabila ada ular masuk ke dalam rumah, Nabi pesan
jangan bunuh terus. Mungkin jin yang masuk, dan menyerupai
ular. Itu sebab Nabi pesan supaya mengarahkan ular itu keluar
jika ia jin, sebanyak 3 kali. Selepas tiga kali tak keluar
juga baru boleh bunuhnya. Sebab jin akan keluar, jika kita
melarangnya..

13) Antara objektif utama jin adalah untuk mengganggu
manusia. Manakala, syaitan pula untuk merosakkan aqidah
manusia.

14) Mereka beranak-pinak sehinggakan nisbah manusia dan jin
adalah 1:9. Manakala bilangan malaikat pula tidak terbilang
banyaknya kerana ia lebih dari bilangan pasir dan rumput.

15) Manusia mempunyai qarin (jin) dan suka ikut manusia
kemana juga kita pergi.

16) Ilmu-ilmu jin adalah dilarang kita tuntut dan
beramalnya. Ia dilarang oleh Islam. Banyak keburukkannya,
sehingga saat mati pun akan susah hidupnya.

17) Jika tidur di Masjid, jangan tidur di pintu masjid dan
tempat imam. Sebab jin selalu datang untuk sembahyang. Dan
suka ikut pintu masuk masjid (tahu ikut peraturan).

Tiada ulasan:

PAMERAN RAWATAN ISLAM , BEKAM DAN REFLEKSOLOGI DI UITM DUNGUN , TERENGGANU

PAMERAN RAWATAN ISLAM , BEKAM DAN REFLEKSOLOGI DI UITM DUNGUN , TERENGGANU
BEKAM


Bekam Asas















Sesi Muzakarah

Sesi Muzakarah
Bersama Ketua Perawat Cawangan


Sesi Temuduga

Sesi Temuduga
Sesi Soal Pesakit






Peralatan

Peralatan

Masa Rehat

Masa Rehat