Assalamualaikum wbt.Selamat datang ke blog PRINASS.InsyaAllah dengan tenaga yang diberikan oleh Allah swt. Kami di PRINASS akan memberikan pertolongan dengan sebaik mungkin.Kami hanya berikhtiar dan selebihnya doa dan tawakal kepadaNya.Kami sedia memberi rawatan seperti gangguan makhluk halus ,refleksologi,bekam,akupuntur,terapi batin dsb.
Isnin, 25 Februari 2013
Selasa, 28 Ogos 2012
KEJAHATAN JIN & SYAITAN MELALUI PENGAMALAN SIHIR

Definisi Sihir
Sihir ialah kesepakatan di antara ahli sihir dan syaitan di mana si ahli sihir akan melakukan sebahagian perbuatan yang diharamkan atau beberapa bentuk kemusyrikan sebagai balasan di atas bantuan dan ketaatan syaitan terhadapnya dan bersangkutan dengan hal-hal yang diinginkannya.
Bagaimana Ahli Sihir Mendekatkan Diri Kepada Syaitan
Sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada syaitan, para ahli sihir ini ada yang menjadikan Mushaf (Al Quran) sebagai alas kaki untuk masuk ke tandas.Tidak kurang juga yang menulis sebahagian ayat Al Quran dengan menggunakan kotoran dan najis atau menulisnya dengan darah haid.Ada pula yang menulis sebahagian ayat Al Quran di tapak kakinya atau menulis Al Fatihah secara songsang (terbalik).Di antara mereka ada yang menunaikan solat tanpa berwuduk atau tetap dalam keadaan junub.Ada pula yang menyembelih binatang untuk dipersembahkan kepada syaitan dan menyembelihnya dengan tidak menyebut nama Allah kemudian melemparkan sembelihan tersebut ke suatu tempat yang telah ditentukan oleh syaitan.Terdapat juga para pengamal sihir yang menggauli ibu atau anak perempuannya.Ada pula yang menulis jampi-jampi dengan lafaz-lafaz yang mengandungi kekafiran.
Dari sini jelaslah bahawa jin tidak akan membanbtu si ahli sihir dan menjadi pelayan atau khadamnya kecuali dengan suatu imbuhan atau balasan.Semakin besar kekafiran seseorang ahli sihir itu maka semakin besarlah ketaatan syaitan terhadapnya dan semakin cepat pula ia melaksanakan perintah tuannya.
Jika si ahli sihir tidak mahu melaksanakan kekafiran-kekafiran yang diperintahkan oleh syaitan tersebut maka si syaitan juga tidak akan bersedia menjadi khadamnya.Sesungguhnya si ahli sihir dan syaitan adalah dua sejoli yang bertemu dalam rangka bermaksiat kepada Allah.Jika diperhatikan pada wajah ahli sihir maka kan kelihatan kegelapan kekafiran tertampal di wajahnya seperti mendung hitam.
Seseorang yang menjadi ahli sihir menjalani kehidupan yang penuh dengan kesengsaraan jiwa.Dia tidak dapat tidur dengan tenang, bahkan tiada merasa cemas setiap kali tidur di samping memikirkan bahawa syaitan-syaitan itu sering menyakiti anak-anak dan isterinya dan menimbulkan pertengkaran di kalangan mereka.Maha Benar Allah yang berfirman;

Ada terdapat bermacam jenis sihir dan menurut Ar Razi;Abu Abdullah Ar Razi berkata:Sihir itu terdiri daripada lapan jenis kesemuanya.Sihir-sihir tersebut adalah seperti berikut;-
- Sihir yang diamalkan oleh orang-orang Khildan dan Kisydan.Golongan manusia ini menyembah tujuh bintang dan mereka percaya bahawa bintang-bintang tersebut adalah pengatur alam dan boleh mendatangkan kebaikan atau keburukan.Lalu Allah mengutuskan Nabi Ibrahim a.s.
- Sihir orang-orang yang berilusi.Dalil yang mengatakan bahawa ilusi mempunyai pengaruh ialah manusia boleh berjalan di atas pelepah yang diletakkan di permukaan bumi,sedangkan dia tidak boleh berjalan di atasnya apabila pelepah itu diletakkan memanjang di atas sungai atau yang sejenisnya.Sebagaimana para doktor sepakat melarang orang-orang yang mempunyai penyakit mudah keluar darah dari hidungnya supaya memandang benda-benda yang berwarna merah, dan orang yang mudah pening supaya tidak memandang benda-benda yang berkilau atau berputar.Ini tidak lainadalah kerana jiwa diciptakan mengikuti ilusi-ilusi.
- Meminta bantuan daripada roh-roh rendah iaitu jin.Diketahui bahawa jin-jin ini ada yang islam dan ada yang kafir iaitu syaitan.Para pemuja jin dan orang-orang yang berpengalaman dalam hal yang berkaitan dengan jin mendapati bahawa komunikasi dengan roh-roh rendah ini boleh terjadi dengan amalan-amalan yang mudah, sedikit jampi dan kepulan asap.Jenis inilah yang disebut dengan jampi dan usaha penundukan.
- Khayal,hipnosis dan silap mata.Prinsipnya ialah mata kadang-kadang boleh jadi salah lihat dan berkonsentrasi kepada sesuatu tertentu tanpa boleh melihat selainnya.Jika diperhatikan para silap mata yang mahir berupaya memperlihatkan sesuatu yang menghairankan para penontonnya dan mengambil mata mereka kepada satu objek sehingga apabila mereka telah berkonsentrasi memandngnya maka si ahli silap mata itu pun melakukan hal lainnya dengan sangat cepat dan saat itulah nampak bagi mereka sesuatu yang lain tidak sebagaimana yang mereka saksikan.Kemudian mereka mengkaguminya.Seandainya dia diam dan tidak berbicara untuk mengalihkan fikiran kepada kabalikan dari apa yang ingin dikerjakannya kemudian jiwa dan ilusi tidak bergerak kepada selain apa yang ingin dikeluarkannya nescaya para penontonnya akan melihatsetiap hal yang dilakukanya.
- Perbuatan-perbuatan aneh yang nampak dari penyusunan alat-alat tertentu berdasarkan ukuran-ukuran tertentu seperti seorang penunggang di atas keda dengan membawa trompet; pada jam tertentu trompet itu berbunyi tanpa ada yang menyentuhnya.Ini pada hakikatnya tidak dapat dikategorikan sihir kerana ia memiliki sebab-sebab yang dikatahui.Siapa yang melihatnya pasti mampu melakukannya.Hal-hal seumpama ini pada zaman sekarang sudah menjadi perkara biasa terutama setelah kemajuan ilmu pengetahuan yang menjadi sebab bagi ditemukannya berbagai keajaiban.
- Menggunakan bantuan ubat-ubata khusus iaitu dalam berbagai makanan dan minyak.Ketahuilah bahawa tidak ada jalan untuk mengingkari kekhususan tersebut kerana pengaruh magnet yang sangat jelas.
- Menggantungkan ke hati seseorang.Iaitu si ahli sihir mengaku bahawa dia mengetahui nama yang Maha Agung dan bahawa jin mentaatinya dan tunduk kepadanya dalam banyak urusan.Apabila pendengar tersebut kebetulan seorang yang lemah akal dan tidak dapat membezakannya maka dia akan meyakini bahawa si ahli sihir itu benar dan hatinya pun terpaut kepadanya sehingga lahirlah rasa takut di dalam dirinya.Apabila perasaan takut tersebut lahir maka akan lemah pula segala kekuatan pancainderanya.Saat itulah ahli sihir melakukan sesuka hati terhadapnya.
- Menggunjing dan mendekat dengan cara yang ringan dan lembut.Ini telah menjadi demikian lumrah di kalangan masyarakat.
Assalamualaikum wbt..InsyaAllah ambe akan terangkn serba sedikit perkara di atas.
Cara Pertama : Thariqotul Iqsam
Ahli sihir terlebih dahulu akan masuk ke dalam bilik gelap kemudian menyalakan api dan meletakkan sejenis haruman atau kemenyan di atas api tersebut sesuai dengan tujuan yang diinginkan.Jika si ahli sihir tersebut berhajat untuk menceraikan, menimbulkan permusuhan dan kebencian atau yang sejenisnya maka dia harus meletakkan kemenyan yang baunya kurang menyenangkan.
Jika si ahli sihir ingin menimbulkan rasa cinta atau melepaskan ikatan (seorang suami yang terikat oleh sihir sehingga tidak dapat menggauli isterinya), atau membuang sihir (membebaskan seseorang dari kuasa sihir) maka dia haarus meletakkan kemenyan yang harum semerbak baunya.Kemudian si ahli sihir mula membaca 'jampi serapah' iaitu berupa jampi-jampi tertentu yang mengandungi sumpah kepada jin atas nama pemimpin mereka dan meminta bantuan dari mereka dengan menyebut nama pemimpin mereka. Selain dari itu turut juga dimasukkan bentuk-bentuk kemusyrikan lainnya seperti mengagungkan tokoh-tokoh jin, istighatsah (memohon pertolongan) kepada mereka dan sebagainya.
Kesemua perbuatan tersebut dilakukan oleh si ahli sihir , semoga Allah melaknatinya dengan syarat ia berada dalam keadaan yang tidak suci seperti dalam keadaan berhadas besar iaitu masih dalam junub ataupun memakai pakaian yang bernajis dan sebagainya.
Setelah selesai membaca 'jampi kekafiran' itu, maka tidak lama selepas itu akan muncul suatu bayangan yang berbentuk anjing, ular atau bentuk-bentuk lainnya.Kemudian si ahli sihir pun akan memerintahkannya untuk melakukan apa yang diinginkannya.
Kadang-kadang tidak kelihatan apa-apa tetapi kedengaran suarannya, kadang-kadang tidak pula terdengar apa-apa tetapi mengikatnya pada salah satu 'bekas' orang yang ingin disihir seperti rambut atau potongan kain yang membawa bau peluhnya dan sebagainya, kemudian si ahli sihir itu memerintahkan jin untuk menunaikan keinginannya.
Berdasarkan dari cara ini ternyata ;
- Jin suka kepada bilik-bilik gelap,
- Jin memeperolehi makanan daripada bau asap yang tidak disebutkan nama Allah padanya,
- Di antara kemusyrikan yang nyata dalam cara ini ialah bersumpah atas nama jin dan istighatsah (memohon pertolongan) kepada jin, dan
- Jin suka kepada benda-benda najis dan syaitan menghampiri orang-orang bernajis.
Sambungan....
Ketika melemparkannya,si ahli sihir juga tidak menyebut nama Allah kemudian kembali ke rumahnya sambil mengucapkan 'jampi kemusyirikkan'.Selepas itu si ahli sihir akan memerintahkan jin sesuai dengan tugas yang diinginkan.
Berdasarkan dari cara ini,terdapat kemusyrikan dalam dua perkara iaitu;
Pertama,menyembelih untuk dipersembahkan kepada jin.Perbuatan ini sesuai dengan kesepakatan para ulama salaf dan khalaf adalah haram bahkan suatu kemusyrikan kerana ia merupakan sembelihan untuk sesuatu selain dari Allah.
Ahad, 5 Ogos 2012
ADAB-ADAB DENGAN GURU
Sentiasalah penuntut ilmu mencari redha tuan gurunya walaupun berbeza pendapat dengan gurunya. Hendaklah menghormati haknya dan tidak melupakan kelebihanya, jangan mengumpat keatas gurunya dan jangan biarkan orang mengumpatnya.
Sentiasalah berdoa untuk guru semasa hidupnya, mengambil berat akan zuriatnya, sanak saudaranya dan orang yang disayanginya selepas kewafatannya. Sentiasa menziarahi kuburnya, dan meminta maaf darinya.
Berkata Imam Abu Yusuf, “aku sentiasa mendoakan kebaikkan tuan guruku Imam Abu Hanifah sebelum mendoakan kedua orang tuaku kerana aku Imam Abu Hanifah pernah berkata “aku sentiasa guruku Hammad bersama kedua ibu bapaku.”
Berkata Imam Ahmad, “aku sentiasa mendoakan Imam syafie dan meminta ampun darinya sebelum aku tidur selama tiga puluh tahun.”
Pernah diceritakan oleh syeikh Burhanuddin pengarang kitab al-Hidayah yang masyur dalam mazhab Hanafi, bahawa ada seorang Ulamak besar negeri Bukhara ketika beliau sedang mengajar, beliau kekadang bangun berdiri sehingga murid-muridnya tertanya-tanya. Ulamak tadi menjawab, sesungguhnya anak guruku sedang bermain-main bersama dengan kawan-kawannya di lorong sana, jika aku terlihat akan dia aku berdiri demi untuk menghormati guruku.
Terdapat ulamak apabila pergi menuntut ilmu kepada gurunya dia terlebih dahulu bersedekah dan berdoa kepada Allah supaya menutup aib gurunya dari pandangannya dan memohon supaya Allah jangan hilangkan keberkatan ilmu gurunya kepadanya.
Berkata Imam al-Rabi’: Demi Allah, aku aku tidak berani meneguk air sedangkan guruku Imam al-Syafie sedang melihat kepadaku, kerana aku merasa gerun dengannya.”
Berkata Imam al-Syafie: apabila aku membuka helaian-helaian kitabku di hadapan imam Malik, aku membukanya dengan perlahan-perlahan kerana aku gerun kepadanya takut-takut dia mendengar bunyi kertas.”
Dari Imam Abu hanifah: Aku tidak pernah mengunjurkan kakiku kea rah rumah guruku Imam hammad kerana rasa hormatku kepadanya, sedangkan jarak rumahku dengan rumahnya dipisah oleh tujuh lorong.”
Adab Murid Terhadap Guru Mengikut Imam al-Ghazali..
- Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan - ikut jantina.
- Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
- Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
- Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
- Jangan menyangkal kata-kata guru.
- Jangan mengumpat pelajar lain.
- Jangan berbisik di hadapan guru.
- Jangan berpaling kiri dan kanan.
- Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
- Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).
- Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.
- Rujuk guru dalam memilih ilmu.
- Jangan duduk tempat guru.
- Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
- Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.
- Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.
- Muliakan anak-anak guru.
- Selalu berhubung dengan guru.
- Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
- Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.
Sabtu, 4 Ogos 2012
MENCINTAI LIMA LUPA KEPADA YANG LIMA
Sambungan Di Bawah
Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawaoleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah s.w.t.
Mereka berhenti dihadapan Allah dan memberi persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.
Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud ," Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah ( malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahawa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."
RIAK MEMUSNAHKAN PAHALA
sambungan......
Rabu, 28 September 2011
KISAH IBLIS ENGGAN SUJUD KEPADA ADAM A.S.
"Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) diwaktu Aku menyuruhmu?. Menjawab iblis : "Saya lebih baik daripadanya, Engkau ciptakan aku dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah."
"Ketika Allah berfirman kepada para malaikat.Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka semua, kecuali iblis, dia enggan dan sombong, maka dia adalah termasuk golongan yang kafir."
(Al-Baqarah : 34)
Iblis-semoga laknat Allah atasnya-sangat faham bahawa Allah adalah Rabb Yang Maha Pencipta,Maha Pemilik, Maha Pemberi Rezeki dan Maha Pengatur, tiada sesuatupun yang terjadi kecuali atas izin dan ketetapanNya, akan tetapi dia tidak mentaati Allah. Keangkuhan iblis dengan asal usulnya menjadikan ia sombong dan berasa tinggi diri untuk sujud menghormati Nabi Adam a.s. sebagaimana malaikat yang lain, walaupun diperintah oleh Allah. Mendengar kata-kata iblis itu, Allah menjadi marah lalu berkata kepada iblis bahaw asyurga bukan tempat orang yang menyanggah suruhan Allah. Kerana kesombongan, kebongkakan dan pembankangan itu, Allah mengusir iblis dari syurga.Allah berfirman,ertinya:"Iblis berkata:Beri tangguhlah aku sampai waktu mereka dibangkitkan (hari kiamat).Allah berfirman:Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh.Iblis berkata: Oleh kerana Engkau menghukum aku tersesat,aku benar-benar akan (menghalang-halang)mereka dari jalan Engkau yang lurus kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakkan mereka bersyukur (taat)."
Keinginan iblis yang sangat kuat dan jahat untuk menyesatkan anak Adam menyingkap tabiat jahat iblis.Dia adalah makhluk yang benar-benar jahat bukan sifat yang hanya bersifat sementara, dia makhluk yang murni jahat,pembangkang,keparat dan terkutuk.Allah mengutuk dan malaknat iblis sehungga ke hari kiamat.Di samping itu,iblis juga akan dimasukkan sebagai penghuni neraka dan kekal di dalamnya.
PENGAJARAN
Sifat sombong dan bongkak selalu membawa akibat kerugian dan kebinasaan.Lihatlah iblis yang turun dari singgahsananya dilucutkan kedudukannya dan diusir oleh Allah dari syurga dengan disertai kutukan dan laknatyang akan melekat kepada dirinya hingga ke hari Kiamat kerana kesombongannya dan kebanggaannya dengan asal-usulnya sehingga ia menganggap dan memandang rendah kepada Nabi Adam a.s. dan menolak untuk sujud menghormatinya walaupun diperintahkan oleh Allah s.w.t.
MANUSIA BERHADAPAN DENGAN ENAM PERSIMPANGAN
Abu Bakar r.a. berkata, "Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu.Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa, mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajak memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurgaa serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmanNya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..." Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah s.w.t., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan." Iblis adlah musuh manusia, sementara manusi adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.
Ahad, 25 September 2011
Bertemu Dengan Jin
Keberadaan Jin Menurut Al-Quran
"Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al-Quran,maka tatkala mereka menghadiri pembacaan-nya lalu mereka berkata:"Diamlah kamu (untuk mendengarkannya): Ketika pembacaan telah selesaimereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan. Mereka berkata: "Hai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengarkan kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan sesudah Musa yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus.Hai kaum kami,terimalah (seruan) orang yang menyeru kepada Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan melepaskan kamu dari azab yang pedih.Dan orang yang tidak menerima (seruan) orang yang menyeru kepada Allah maka dia tidak akan melepaskan diri dari azab Allah di muka bumi dan tidak ada baginya pelindung selain Allah.Mereka itu dalam kesesatan yang nyata."
(Al-Ahqaf:29-32)
Kemudian Allah memerintahkan Nabi-Nya untuk memberitahukan peristiwa tersebut kepada umat manusia melalui firman-Nya yang bermaksud:
"Katakanlah (hai muhammad):"Telah diwahyukan kepadaku bahawasanya : Sekumpulan jin telah mendengarkan (Al-Quran), lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mendengarkan Al-Quran yang menakjubkan."
(Al-Jin:1)
Syaitan memilih kekafiran, kemusyrikan dan kedurhakaan terhadap Tuhan sebagai jalan hidupnya.Bahkan seperti iblis dan bala tenteranya misalnya,mereka lebih suka berfoya-foya dalam kejahatan dan bergelimang dalam pemenuhan tuntutan nafsu jahat mereka.Padahal nyata-nyata perbuatan itu akan menyeret mereka ke dalam seksa yang amat pedih, termasuk keharusan mereka menanggung siksa orang-orang yang mereka sesatkan.Sebagaaimana pengakuan iblis di dalam Al-Quran bermaksud: "Iblis menjawab;"Demi kekusaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya,kecuali hamba-hamba-Mu yang muflis di antara mereka."
(Syadd:82-83)
HADIS-HADIS YANG MENUNJUK KEBERADAAN JIN
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Maka janganlah kamu beristinjak dengan tulang dan tahi binatang.Sebab hal itu merupakan bekal (makanan) saudaramu dari kalangan jin." (HR:Tarmizi)
Disebutkan juga dalam sahih Muslim dari Salman:Suatu ketika Salman ditanya oleh seorang sahabat yang bermaksud:
"Bukankah kalian telah diajarkan oleh Rasulullah tentang segala sesuatu hingga masalah tahi binatang?" Salman menjawab:"Ya, kita dilarang membuang air besar dan kecil sambil mengadap kiblat, dilarang beristinjak dengan tangan kanan, dilarang bersuci dengan kurang dari tiga batu, dan dilarang bersuci dengan tulang dan tahi binatang."
(HR:Muslim)
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. bahawanya dia membawa sekendi air bersama Rasulullah untuk wuduk dan hajatnya.Tiba-tiba Rasulullah bertanya:
"Siapa ini?.Aku menjawab:" Abu Hurairah."Rasulullah bersabda:"Carilah beberapa batu untuk saya pergunakan bersuci.Janganlah kau bawakan kepadaku tulang dan tahi binatang."Maka aku pun membawakan untuknya beberapa buah batu yang kubawa dengan hujung pakaianku dan kuletakkan di samping baginda, kemudian aku pergi.Setelah baginda selesai bersuci maka aku menghampirinya dan berkata:"Ada apa dengan tulang dan tahi binatang?"Baginda bersabda:"Keduanya makanan jin.Sesungguhnya telah datang kepadaku utusan jin Nashibin (jin yang paling baik) dan meminta bekal kepadaku.Maka aku meminta kepada Allah untuk mereka agar mereka tidak melewati tulang dan tahi binatang melainkan mereka menemukan makanan di atasnya."
(HR:Bukhari)
HAKIKAT MAKHLUK JIN
Jumlah mereka jika dibandingkan dengan jumlah manusia, adalah jumlah kita satu 1:10 daripada jumlah jin, malah mungkin kurang, berdasarkan pengetahuan yang tersingkap (kasyaf) kepada para ulama dan aulinya.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah menjadikan para malaikat, jin dan manusia itu sepuluh bahagian (Qadar); Qadar jumlah malaikat adalah 9 bahagian (9/10), sedang jin dan manusia itu hanya satu bahagian saja (1/10) kemudian daripada satu bahagian yang terakhir dipecah pula kepada sepuluh bahagian kecil,9 bahagian kecil daripadanya adalah jumlah jin dan hanya satu bahagian kecil sahaja ialah manusia.
RUMUSAN
Jumlah rumusan perbandingan makhluk-makhluk adalah seperti berikut:
Malaikat : 90
Jin : 9
Manusia : 1
Jumlah : 100
Ya Allah Yang Maha Besar menciptakan makhluk-makhluk ini dalam dua/tiga lingkup keadaan.
a. Makhluk tempat yang dapat kita pandang iaitu anak-anak Adam dijadikan Allah dari bahan tertentu (tanah) yang ditiupkan roh,iaitu Manusia.
b. Makhluk halus yang tak dapat kita lihat, makhluk ini terdiri daripada 2 bahagian.
i. Sebahagian dijadikan dari cahaya (nur) iaitu malaikat.
ii. Sebahagian lagi dijadikan dari api yang ditiupkan roh merupakan suatu kejadian yang
lengkap iaitu jin.
Bahan Kejadian Jin
Persoalan ini,tanpa disangsikan lagi memang tersembunyi bagi kebanyakan manusia.Apabila seseorang mengaku dia mempunyai pengetahuan tersebut tanpa sumber-sumber yang dipercayai,istimewa tantang sebahagian perkara yang ghaib seperti anbiyaa;,Rasul-rasul dan kitab-kitab dari langit,maka dustalah pengakuaannya itu.
Untuk maksud itu kami akan memaparkan kenyataan yang benar-benar terdapat dalam Kitab Suci Al-Quran dan Hadis-hadis yang benar (sahih) sebagaimana firman Allah dalam surah Al-araaf yang menceritakan jawapan iblis yang berbunyi.
"Sayalah yang lebih (mulia) daripada Adam sebab saya,Engkau jadikan dari api sedang adam,Engkau jadikan dari tanah."
Iblis menganggap bahawa api lebih utama daripada tanah kerana api itu bersinar,bermutu,lembut,ringan,berkadar panas kering dan merupakan bahan-bahan langit yang tinggi mutunya,sedangkan tanah adalah bahan yang berwarna kelam,rendah,kasar,keadaannya berat,sejuk kering dan jauh dari jenis bahan-bahan langit.Api bertenaga reaktif dan dapat bertindak aktif sedang tanah tidaklah demikian,hanya menerima pengaruh dari luar dan tidak dapat bertindak (pasif) ditambah pula api adalah seimbang dengan kepanasan tabi'i iaitu yang merupakan bahan hidup,memiliki sifat-sifat bumi,sejuk dan kering sesuai dengan suasana kemusnahan dan kematian.
Adapun Jaan ialah bapa segala jin yang kejadiannya pada mulanya ialah daripada api sebagaimana juga Adam ialah bapa segala manusia yang kejadiannya pada mulanya daripada tanah.Jadi,bapa segala jin itu dijadikan dari api,begitu pula keturunannya berdasar firman Allah bermaksud:
"Dan Allah menciptakan Jaann daripada nyala (lidah) api."
Maarij (nyala api) itu ialah lidah api yang murni.
Sesudah jin itu dijadikan daripada lidah api yang murni,ia dibentuk pula menjadi tubuh samar yang tidak dapat dilihat oleh pandangan mata manusia,samalah dengan peringkat-peringkat penciptaan Adam yang bermula daripada tanah Turaab kemudian kepada tanah yang bercampur air Tinn dan kepada tanah hitam yang busuk Hama',kemudian dijadikan sekerat daging serta tulang,sedang bahan api yang berpengaruh itu memenuhi alam ini dan lebih ringan daripada udara dengan suatu darjat yang sangat besar (kuat),kerana itu tidaklah ia terhambat oleh hambatan2 dan tidaklah terhalang oleh halangan2.
Ya,jin terbentuk daripada bahan (zat) halus (Al-athiir) dan memiliki berbagai rupa menurut bahannya sedang rupanya itu tiadalah menjadi halangan baginya untuk menjelma menjadi rupa-rupa yang lain,kemudian bahan-bahannya itu kemungkinan dia menembusi sesuatu.
Perlu dikatahui bahawa manusia sesudah matinya,tubuhnya akan hancur,kembali kepada asal kejadiaannya,maka kembalilah tiap-tiap unsur itu kepada asalnya ialah daripada tanah,udara (angin),api dan air,begitu pula keadaan jin sesudah matinya akan kembali kepada unsur kejadiannya iaitu kepada api kerana daripada apilah dia dijadikan.Adapun sewaktu dia hidup maka tidaklah ia memberi pengaruh kepada api tubuhnya,sebagaimana manusia juga tidak mempengaruhi tanah tubuhnya dan Maha Suci Allah Pencipta Yang Maha Besar.Kebesaran dan Keagungan-Nya serta Ketinggian Kemuliaan-Nya tak dapat dijangkau oleh akal manusia yang serba terbatas.
Ertinya:
Salsaal ialah tanah kering tanpa dibakar , apabila dimasak maka ia menjadi tembikar , dan ketika Allah membentuk tanah itu berupa manusia,maka dia dalam kering.
Selasa, 21 Jun 2011
Rahsia Sihir
berlaku keatas sesaorang yang mengakibatkan penyakit atau
gangguan fikiran yang amat rumit. Sihir berlaku disebabkan
Jin atau Syaitan yang dihantar oleh seseorang yang berdendam
atau dengki atau cemburu dengan menggunakan khidmat seseorang
yang menggunakan secara ilmu hitam atau memuja Jin atau
syaitan dengan jalan yang terpesong dari ajaran Islam.
Untuk pengetahuan kita sihir mudah dilakukan dan
amat rumit untuk diselesaikan tetapi setiap penyakit itu ada
ubatnya. ALLAH sahaja yang mengetahui dan menentukan.
Kebanyakkan Sihir yang selalu berlaku adalah Sihir penyakit
yang Kronik tetapi tidak dapat dikesan oleh pihak Doktor
atau pakar.
Mengikut pengalaman daripada pakar yang merawat penyakit
misteri ini di dapati Jin sihir ini akan duduk di dalam badan
atau urat saraf orang yang terkena sihir ini untuk menyakitkan
anggota badan atau organ pesakit sehingga pesakit menderita
bertahun-tahun lamanya. Ada juga yang boleh menguasai pesakit
sehingga pesakit tersebut menjadi gila atau mengganas.
Sihir juga boleh berlaku kepada keluarga yang
terdekat seperti suami isteri, anak-anak atau ibu bapa, ini
boleh menyebabkan keadaan huruhara, berlaku pergaduhan,
permusuhan yang memelikkan. Sihir yang serius adalah sihir
yang berulang iaitu setelah dirawat ia berulang kembali
disebabkan dari pihak penghantar yang tidak berpuas hati
kerana sihirnya tidak berkesan lagi, lalu menghantar
kembali menggunakan khidmat pemuja yang lain sekiranya
pemuja yang lama tewas.
Biasanya dengan Izin ALLAH sihir ini akan pulih apabila pihak
penghantar dan pemuja dimusnahkan atau diberi balasan yang
setimpal atas kekufuran mereka oleh ALLAH S.W.T.
Ahad, 19 Jun 2011
9 Jenis Anak Syaitan...
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat
cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli
barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka
buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati
rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai
kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para
ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang
yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm
& tempat yg ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik
sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam
keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah,
gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari
kata-kata mulut.
7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika
masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku
keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami
bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan
menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk
kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya
ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat
kita yg lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
Tafsir As Syam
1. Demi matahari dan cahayanya Yang terang-benderang;
2. dan bulan apabila ia mengiringinya;
3. dan siang apabila ia memperlihatkannya Dengan jelas nyata;
4. dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),
5. Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk Yang kuat kukuh - Yang melambangkan kekuasaanNya);
6. serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);
7. Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya);
8. serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan Yang membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa; -
9. Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
10. dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
11. (ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) Dengan sebab perbuatan derhaka mereka Yang melampaui batas;
12. ketika orang Yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta Yang menjadi mukjizat),
13. maka berkatalah Rasul Allah (Nabi soleh) kepada mereka: " (janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!"
14. (setelah Nabi soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka Dengan azab Yang membinasakan serta ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).
15. dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) Yang demikian, (kerana itu adalah balasan Yang adil).
Mengenali Alam Jin
tidak tahu asal usul Jin. Sedar atau tidak kadangkala
kehidupan kita dikelilingi oleh makhluk yang bernama JIN.
Disini saya akan huraikan serba sedikiit mengenai asal usul
JIN serta alam kehidupan Jin:
1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil.
Dicipta dari api(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun
lamanya.
2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tuduk
menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt.
melaknat dan perintah mereka turun ke bumi. Untuk pengetahuan
kita Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.
3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam
(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun
kesemuanya jahat (tidak Islam).
4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu
dilarang mengunakan kemeyan kerana Jin paling suka dengan
asap yang busuk. Makanannya juga tulang. Itu sebab kita
tidak boleh membuang kuku sebarangan, kerana jin akan
memakannya.
5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan,
lombong, laut, tempat-tempat tinggi (sebab tu ramai orang
terjun bangunan tinggi sebab bunuh diri akibat rasukan jin
jugak), tandas dan kubur.
6) Dinasihatkan apabila ingin buang air diperjalanan
(contohnya jalanraya),perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman."
Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman.
Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk,
Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat
datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin:-)
7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada
dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong.."
Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina
istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak
perasan dan tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk dikerusinya
dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja dihadapan-nya.
Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut
reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah
tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
Sabtu, 18 Jun 2011
Sambungan Siri Ke 2 Mengenali Alam Jin
untuk siri ke 2:
8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong
yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin
suka mandi di situ waktu itu. Dilarang juga buang air di
lubang-lubang (tanah).
9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang
baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ.
Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah,
sehingga habis. Untuk pengetahuan, Jin akan
lari selama 3 hari.
10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7~10
kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti
(tekniknya).
11) Bentuk Jin. Jin adalah makhluk yang paling hodoh/buruk,
berbeza dengan manusia, cantik/lawa. Jin juga boleh membentuk
dengan sebarang bentuk dengan jelmaan. Apabila di hutan
berhati-hati jika berburu, jin boleh menyerupai sebarang
bentuk malah manusia.
12) Apabila ada ular masuk ke dalam rumah, Nabi pesan
jangan bunuh terus. Mungkin jin yang masuk, dan menyerupai
ular. Itu sebab Nabi pesan supaya mengarahkan ular itu keluar
jika ia jin, sebanyak 3 kali. Selepas tiga kali tak keluar
juga baru boleh bunuhnya. Sebab jin akan keluar, jika kita
melarangnya..
13) Antara objektif utama jin adalah untuk mengganggu
manusia. Manakala, syaitan pula untuk merosakkan aqidah
manusia.
14) Mereka beranak-pinak sehinggakan nisbah manusia dan jin
adalah 1:9. Manakala bilangan malaikat pula tidak terbilang
banyaknya kerana ia lebih dari bilangan pasir dan rumput.
15) Manusia mempunyai qarin (jin) dan suka ikut manusia
kemana juga kita pergi.
16) Ilmu-ilmu jin adalah dilarang kita tuntut dan
beramalnya. Ia dilarang oleh Islam. Banyak keburukkannya,
sehingga saat mati pun akan susah hidupnya.
17) Jika tidur di Masjid, jangan tidur di pintu masjid dan
tempat imam. Sebab jin selalu datang untuk sembahyang. Dan
suka ikut pintu masuk masjid (tahu ikut peraturan).
Tanda-tanda Gangguan Jin Kepada Manusia
ini untuk rujukan kita. Mungkin ianya berguna kepada
kita dan keluarga kita.
Berikut adalah tanda-tanda gangguan Jin kepada manusia.
A.TANDA-TANDA DI WAKTU TIDUR.
1. Sukar tidur malam
2. Gelisah dan sering terbangun pada waktu malam
3. Mimpi buruk, iaitu mimpi melihat sesuatu yang
membahayakan lalu ingin berteriak meminta pertolongan
tetapi lidahnya seakan-akan kelu
4. Mimpi melihat berbagai-bagai binatang seperti kucing,
anjing, unta, ular, singa, serigala dan tikus
5. Tertawa, menangis atau berteriak pada saat tidur
6. Bunyi gigi geraham beradau pada saat tidur
7. Merintih dan meratap pada saat tidur
8. Berdiri dan berjalan dalam keadaan tidur dan tanpa
kesedaran
9. Mimpi seolah-olah akan terjatuh dari tempat tinggi
10.Mimpi berada di kuburan, tempat pembuangan sampah atau
dijalan yang mengerikan
11. Mimpi melihat orang aneh seperti terlalu tinggi,
terlalu pendek atau terlalu hitam
12. Mimpi melihat hantu
B. TANDA-TANDA DIWAKTU JAGA.
1. Selalu pening yang tidak disebabkan oleh fakto-faktor
anggota badan
2. Selalu lalai dari zikir dan mengingati ALLAH
3. Fikiran kacau dan tidak menentu
4. Badan lemah dan tidak bertenaga
5. Saraf terganggu
6. Rasa sakit pada bahagian-bahagian tertentu dalam tubuh
yang tidak dapt di kesan oleh Doktor
7. Berlaku rasukkan yang tanpa sedar
Ahad, 12 Jun 2011
Buat Renungan
Allah berfirman,'Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku,' lalu Allah berfirman sekali lagi,' Hamba-Ku telah memasrahkan urusannya kepada-Ku,' Apabila dia membaca,' Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya
kepada Engkaulah kami meminta pertolongan,' Allah berfirman,' Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.' Apabila dia membaca,' Tunjukilah kami jalan yang lurus, (yaitu)
jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat(iman) kepada mereka; bukan(jalan) mereka yang dimurkai dan bukan(pula jalan) mereka yang sesat,' Allah berfirman,'Ini adalah untuk hamba-Ku, dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta."
(HR.Muslim, Abu Dawud,Tirmidzi,Nasa'i dan Ibnu Majah).
Sabtu, 11 Jun 2011
Tafsir al Fatihah
AL-FATIHAH
( PEMBUKA )
Makiyyah
Surah ke-1: 7 ayat
Juz 1
- Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
- Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam,
- Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang,
- Pemilik hari pembalasan.
- Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
- Tunjukilah kami jalan yang lurus,
- (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
2) Jalan yang lurus, yaitu jalan hidup yang benar, yang dapat membuat bahagia di dunia dan di akhirat.
3) Mereka yang dimurkai, adalah mereka yang sengaja menentang ajaran Islam.Mereka yang sesat adalah mereka yang sengaja mengambil jalan lain selain ajaran Islam.
KEUTAMAAN SURAH AL-FATIHAH
Beberapa keutamaan Surah al-Fatihah adalah:
- Surah yang Paling Agung di dalam al-Quran.
"Pada suatu hari, aku sedang solat di masjid.Selesai solat, aku dipanggil Rasulullah
saw.Kemudian , Rasulullah saw. pun bersabda, 'Aku akan mengajarkanmu sebuah surah
yang teragung di dalam al-Quran sebelum engkau keluar dari masjid.'
Aku bertanya, 'Surah apakah itu, wahai Rasulullah?'
Rasulullah saw. bersabda, '(Ia adalah surah) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Ia adalah tujuh ayat yang diulang-ulang (dalam setiap rakaat-Peny.) dan al-Quran yang
agung yang diberikan kepadaku."
(HR. Bukhari, Abu Dawud dan Nasai).
2. Surah yang Paling Utama di dalam al-Quran.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Alhamdulillahi
Rabbil 'Alamin adalah Umm al-Quran, Umm al-Kitab, as-Sab'ul Matsani, al-Quran
al-'Azhim, ash-Shalat, asy-Syifa' dan ar-Ruqyah.
(HR.Tirmidzi).
3. Surah yang di dalamnya termaktub munajat antara hamba dan Allah swt.
Abu Hurairah mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah saw. bersabda, "Allah telah
berfirman, 'Aku telah membagi (kandungan makna) surah al-Fatihah untuk-Ku dan untuk
hamba-Ku menjadi dua bahagian, dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'
Apabila dia membaca, 'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,' Allah akan
membalasnya dengan berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.' Apabila dia membaca, 'Zat
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,'.
PAMERAN RAWATAN ISLAM , BEKAM DAN REFLEKSOLOGI DI UITM DUNGUN , TERENGGANU
BEKAM
Bekam Asas
Sesi Muzakarah
Bersama Ketua Perawat Cawangan
Sesi Temuduga
Sesi Soal Pesakit