BEKAM

PENYEMBUHAN PENYAKIT KAEDAH BEKAM CARA RASULULLAH s.a.w.

Perintahkan Umat Kamu Agar Berbekam,Wahai Muhammad!
Kepada setiap muslim dan muslimah di seluruh dunia, timur dan barfat saya menghadirkan di hadapan anda semua satu kekayaan terpendam,mutiara tersembunyi,sunnah yang telah dilupakan oleh ramai umat Islam dan penyembuh segala penyakit dengan izin Allah s.w.t. dimana Rasul dan kekaish kita Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud;
"Berubatlah, wahai hamba-hamba Allah s.w.t.,sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menciptakan satu penyakit,kecuali menciptakan ubat baginya....diketahui oleh yang mengetahuinya dan tidak diketahui oleh yang tidak mengetahuinya."
                                                                 (Disahih oleh Ibnu Hibban dan Hakim)
Pengubatan ada dua jenis,iaitu pengubatan fizuikal dan itulah yang dimaksudkan di dalam pembahasan ini,serta pengubatan hati di mana pengubatannya hanya boleh dilakukan dengan petunjuk yang dibawa oleh Nabi s.a.w. dari Rabbnya s.w.t.

Adapun pengubatan secara fizikal, maka sebahagian caranya diriwayatkan dari Nabi s.a.w. dan sebahagian lagi berasal dari sumber lain, di mana kebanyakannya adalah berdasarkan kepada pengalaman.

Cubalah kita perhatikan hadis-hadis atau sebahagian hadis yang diriwaytakan dari Nabi s.a.w. mengenai pengubatan, seperti hadis Usamah bin Syark dari Nabi s.a.w. bermaksud;
"Berubatlah wahai hamba2 Allah s.w.t., sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menciptakan satu penyakit saja, iaitu tua,"

Hadis di atas disahihkan oleh Tirmizi,Hakim dan Ibnu Khuzaimah.Dalam riwayat lain,".....kecuali as-sa'm".yakni kematian.

Sunnah Qouliyyah Yang Menganjurkan Berbekam

HADIS PERTAMA:Dari Ibnu Abbas r.a. bermaksud;
"Kesembuhan itu terdapat pada tiga perkara yakni minum madu, sayatan alat bekam dan "kay" dengan api.Sesungguhnya aku melarang umatku dari 'kay'.
                                                      (riwayat Bukhari,Ath-Thibb,Juz 1,hal.5680)

HADIS KEDUA: Dari Jabir bin Abdillah r.a. dia berkata,saya pernah mendengar Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud;
"Jika ada yang terbaik pada ubatan-ubatan kamu, maka itu terdapat pada sayatan alat bekam, minuman madu atau sundutan dengan api yang tepat pada penyakit.Tetapi aku tidak suka berubat dengan cara 'kay'."

Kay adalah cara pengubatan dengan memakai  bahan tumbuhan yang dibakar pada titik-titik tertentu dari tubuh sehingga daya panas yang ditimbulkan menembus permukaan kulit hingga menimbulkan reaksi pengubatan-ed.  

1. Dalam hadis pertama,Nabi s.a.w. mengakhirkan penyebutan kay dan melarang umatnya dari cara pengubatan ini,kerana pengubatan ini menganduungi unsur penyeksaan dan lain-lain.
2.Pada hadis pertama,Nabi s.a.w. mendahului madu ketika membicarakan keseluruhan faktor penyebab kesembuhan.
3.Pada hadis kedua,Nabi s.a.w. mendahului bekam daripada madu dan kay,ketika membicarakan perkara terbaik,yakni ubat terbaik..Sebagaimana dalam hadis:"Sebaik-baik cara pengubatan kamu adalah...."


Nasihat Penduduk Langit


HADIS KETIGA:  Dalam riwayat Tirmizi dari Ibnu Mas'ud dan riwayat Baihaqi yang bermaksud:
"Aku tidak berjalan di hadapan sekumpulan Malaikat pun pada malam ketika aku diisra'kan, kecuali mereka berkata,'Wahai Muhammad perintahlah umat kamu berbekam!"
                                                                                       (Shahihu Al-Jami':5671)





PAMERAN RAWATAN ISLAM , BEKAM DAN REFLEKSOLOGI DI UITM DUNGUN , TERENGGANU

PAMERAN RAWATAN ISLAM , BEKAM DAN REFLEKSOLOGI DI UITM DUNGUN , TERENGGANU
BEKAM


Bekam Asas















Sesi Muzakarah

Sesi Muzakarah
Bersama Ketua Perawat Cawangan


Sesi Temuduga

Sesi Temuduga
Sesi Soal Pesakit






Peralatan

Peralatan

Masa Rehat

Masa Rehat