MOHON JANGAN DIABAIKAN DOA UNTUK MENGELUARKAN JIN MAKHLUK HALUS ATAU RACUN2 ILMU SIHIR ATAU SANTAU DARI BADAN MANUSIA.
Berikut adalah diantara surah-surah Al-Quran yang sungguh berkesan untuk mengeluarkan jin,benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia.Mengeluarkan benda-benda tersebut sangat sukar jika sudah bersarang dalam badan pesakit.Sebaik-baiknya jika baru terkena sihir,santau atau racun yang ditujukan cepat-cepat berubat.
- Surah Asy Syuaraa' ayat 95 hingga 118.
- Surah Ar Rad ayat 30 hingga 34.
- Surah Fussilat ayat 25 hingga 44.
- Surah Furqaan ayat 61 hingga 77.
- Surah Al Mukminuun ayat 105 hingga 118.
Pilihlah mana-mana ayat-ayat diatas dan amalkan dan bacalah kepada ahli keluarga yang terkena santau,sihir seperti diberitahu.Jika nak baca kesemuanya sekali surah-surah tersebut sangat digalakkan.
Cara-caranya:
Sebelum memulakan bacaan:
- Istighfar 3x.
- Selawat Nabi 10x.
- Al Fatihah 1x.
- Ayatul Qursi 1x.
Sediakan air kosong ,setiap kali habis membaca surah-surah berkenaan ,maka ditiupkan kepada air tersebut.Pesakit dinasihatkan minum air bacaan setiap hari.Mandi dengan air yang telah dibacakan dan minumsetiap hari sehingga kesan-kesan sihir atau santau sampai hilang.Jika rasa nak muntah cari kain putih dan tadah muntah tersebut dan lihat apakah jenis racun itu dan hanyutkan bisa dan racun tersebut dan dibuangkan dalam sungai.Jika ada makhluk halus yang mendiami dalam tubuh badan anda akan meninggalkan buat selama-lamanya sekiranya diamalkan selama 7hariamalan ini.Boleh dibaca dan ditiupkan pada ubun-ubun kepala pesakit bagi yang kena gangguan makhluk halus.InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dengan izin_Nya.