Jumaat, 29 Oktober 2010

Fadhilat Ayatul Qursi

  1. Orang yang membaca ayatul Kursi selepas memyempurnakan solat fardhu akan dipelihara oleh Allah sehingga solat berikutnya.
  2. Allah swt akan menghantar dua malaikat untuk memelihara orang yang membaca ayatul Kursi ketika berada di tempat pembaringan sehingga waktu subuh.
  3. Orang yang membaca ayatul Kursi selepas solat fardhu akan memelihara keluarga, juga rumah-rumahnya yang berhampiran dengannya. Boleh juga dimaksudkan terpelihara daripada binatang yang mudharat, bencana alam, kebakaran, dan jahat angkara manusia. Maka Rasulullah s.a.w menyuruh setiap arang agar melakukan sesuatu perbuatan dengan menyebut nama Allah oleh kerana iblis dan syaitan tidak berupaya mengangkat atau membuka sesuatu yang di tutup dengan menyebut nama Allah.
  4. Allah tidak menegah mereka yang membaca ayatul Kursi selepas solat fardhu masuk dalam syurga.
  5. Barang siapa yang keluar dari rumahnya dengan membaca ayatul Kursi, maka Allah utuskan tujuh puluh ribu malaikat kepadanya, mereka memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  6. Barang siapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari.
  7. Barang siapa membacanya, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
  8. Barang siapa yang membacanya ketika dalam kesempitan atau kesusahan, Allah akan menolongnya.

Khamis, 30 April 2009

Bismillahirahmanirahim..

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina" - (Surah Al-Mukmin: Ayat 60)

Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan kaedah rawatan yang betul dan sesuai serta tepat penawarnya, InsyaAllah akan sembuh segala derita sakit sam ada jasmani mahupun rohani. Allah s.w.t menurunkan penyakit dan disamping penyakit itu juga disertakan penawarnya.

Firman Allah s.w.t " Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak sesiapapun yang akan dapat mengalahkan kamu, dan jika Dia mengecewakan kamu maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian)? Dan (Ingatlah) kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal (berserah diri)" Surah Imran - Ayat 160

PAMERAN RAWATAN ISLAM , BEKAM DAN REFLEKSOLOGI DI UITM DUNGUN , TERENGGANU

PAMERAN RAWATAN ISLAM , BEKAM DAN REFLEKSOLOGI DI UITM DUNGUN , TERENGGANU
BEKAM


Bekam Asas















Sesi Muzakarah

Sesi Muzakarah
Bersama Ketua Perawat Cawangan


Sesi Temuduga

Sesi Temuduga
Sesi Soal Pesakit






Peralatan

Peralatan

Masa Rehat

Masa Rehat